Monday, August 27, 2007

PERINGATAn UNTUK BERSAMA : TAZKIRAH BULAN SYA’BAN DAN UNTUK BULAN-BULAN SETERUSNYA …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat Nabi junjungan Utusan Allah Nabi Muhammad S.A.W. serta para kerabat baginda serta para sahabat yang terpilih.

Salam bahagia dan salam ceria buat seluruh ummat islam yang dikasihi sekalian, buat julung kalinya, saya insan yang dhoif selaku diantara hamba Allah yang maha esa, menyiarkan kalam untuk tatapan saudaraku didalam islam yang diingati selalu, peringatan demi peringatan diperlukan oleh setiap hamba yang bertaqwa. Dari itu, saya menyeru kepada diri ini terlebih dahulu dan sadaraku didalam islam sekalian umumnya, dalam memperingati akan tanggungjawab selaku hamba Allah dan khalifah dimuka dunia ini.
Allah telah befirman, mengarahkan dalam "pekeliling"nya dengan ayat tegas berbunyi :

و ذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين
"dan berilah tazkirah ( peringatan ) , sesungguhnya tazkirah adalah suatu yang sangat bermanafaat bagi orang - orang yang beriman .
Maka dengan ini,nyatalah kita mempunyai tanggungjawab yang besar selama mana keberadaan kita dimuka bumi ini. Saudaraku yang dirahmati Allah sekalian, bersempena dengan bulan yang penuh pengajaran ini “ sya’ban ” adalah sebaiknya kita mempertingkatkan amalan, terutamanya persediaan awal dalam menghadapi bulan penuh karomah yakni bulan ramadhan, sememangnya setiap bulan islam itu punyai kelebihan tersendiri. Ketahuilah bahawa bulan Sya’ban adalah bulan yang sangat mulia dan dikenal dengan bulan Rasulullah SAW. Baginda selalu berpuasa pada bulan ini hingga datang bulan Ramadhan. Baginda bersabda, “Sya’ban adalah bulanku. Barangsiapa berpuasa satu hari pada bulanku ini, syurga adalah miliknya.”
Maka dengan itu, perbanyakkanlah amalan puasa sepertimana yang termaktub dalam riwayat. Apa yang ingin saya bawakan disini, kebiasaanya kita terbaca tentang bulan sya’ban, seeloknya kita berpuasa, yakni sya’ban merupakan bulan Rasulullah SAW, dan barangsiapa yang tabe’ akan sunnah nabi ini ( puasa dibulan sya’ban ), akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar disisi Allah. Adakah kita pernah terfikir, bahawa tabe’ akan seluruh sunnah Rasulullah SAW tanpa mengira akan kelebihan setiap bulan (dengan tidak hanya mengharapkan ganjaran pahala, tetapi mardhotillah yang diharap-harapkan) merupakan sesuatu ganjaran yang terlebih besar akan kita terima. Maka itu, marilah sama-sama kita layari Kisah yang kita tatapi seringkali didalam buku-buku sirah, menyatakan tentang pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah, yakni ummat terdahulu dari kalangan muhajirin dan anshar ada tersebut didalam ayat Allah berbunyi:
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَة
Ertinya:
Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).
(Q.S. Al-Hasyr: 9)

Disini nyatalah, bahawa sememangnya ummat terdahulu amat luarbiasa dari segi pengorbanan mereka. Maka itu seruan saya, bukan hanya dengan sekadar memperbanyakkan puasa sunat seperti yang dituntut, tetapi perkara lain yang dituntut juga perlu dilakukan dan diperbanyakkan amalan. Seperti bekorban untuk kesatuan islam, khususnya dimana kita berada.Kita saling Bantu-membantu antara sesama kita, moga ianya akan dibalas oleh maha suci Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, disamping amalan puasa yang kita amalkan disepanjang bulan sya’ban dan seterusnya dibulan-bulan yang lain.
Kesimpulannya, ambillah kelebihan dibulan sya’ban ini, yakni berpuasa padanya merupakan sunnah nabi disamping memperbanyakkan lagi amalan-amalan sunnah yang lain seperti perbanyakkan zikir, merapatkan jalinan ukhuwah sesama kita, berlapang dada dengan tidak memecahbelahkan antara sesama saudara didalam islam, tidak kira samada dibulan sya’ban, ramadhan mahupun dibulan-bulan yang lain.Moga dengan kepelbagaian amalan sunnah yang kita lakukan dihari-hari berbaki didalam kehidupan ini, dapat membersihkan diri kita dari sebarang dosa, insya’allah.
Peringatan untuk bersama, marilah Bersama-sama kita menegakkan kalimah tauhid dan sunnah rasulullah dan jangan kita berpecah belah, janganlah kita tuding-menuding jari menyatakan kesalahan sahabat lain sedang diri kita tidak diketahui peringkat amalannya atau tiada bersama dalam berbakti untuk islam, dan kita tambah pula dengan memperlekeh dan menghujum penggerak gerak kerja islam, moga kita terhindar dari perkara itu. Marilah bersama kita melatih diri menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, dan bersama-sama kita melatih diri untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang, kerana ianya merupakan ujian dari Allah untuk hambanya (setiap detik kehidupan, maha suci Allah tuhan ka’bah menilainya dengan ganjaran pahala dan dosa), maka ingatlah. Buat akhirnya, mulai detik ini hinggalah keakhirnya (nyawa kita) saya ingin mengajak diri ini serta seluruh pejuang agama Allah sekalian dan seluruh saudaraku didalam agama tauhid agar sentiasa berada dalam satu tunggak, iaitu tunggak islam ajaran sebenar
wassalamu alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

>>DARI AKHUKUM, YANG AMAT MERINDUI MATI SYAHID,
>>SAUDARAMU YANG AMAT MENYAYANGI GERAKAN ISLAM,
>>HAMBA ALLAH YANG AMAT MENGAMBIL BERAT DAN PENUH KEINGINAN DALAM MEMBANTU INSAN YANG MEMERLUKAN,
>>RAKAN YANG SENTIASA DALAM TANGISAN BERSAMA PEJUANG UNTUK MEMBELA KEBENARAN MENGERAH TENAGA UNTUK TERTEGAK KEADILAN,
>>INSAN YANG CUBA MEREALISASIKAN ISLAM SEBENAR,
>>HAMBA ALLAH YANG WALAUPUN DHOIF THABAT TERUS DIDALAM PERJUANGAN INSYA'ALLAH

MUHAMAD MUMTAZ HARUN

SIRU ALA BARAKATILLAH

No comments: