Saturday, July 28, 2007

LETAK JAWATAN SEBAGAI GURU UNTUK BERDAKWAH


AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA (1906-1949)
LETAK JAWATAN SEBAGAI GURU UNTUK BERDAKWAH



"...Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."

Inilah tekad dan keghairahan jihad seorang pejuang Islam dan pengasas gerakan Islam terkenal, Imam Hassan al-Banna. As-syahid yang gugur pada 12 Februari 1949, menyatakan tekad tersebut sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi Darul Ulum, Kaherah.

Janji As-syahid yang dibuat semasa masih berusia lewat belasan tahun dikotakan dalam perjalanan hidupnya sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Allah (SWT).

Imam Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Beliau berkelulusan Universiti al-Azhar dalam jurusan agama dan banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna berkelulusan tinggi, beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam Mahmudiyyah. Masa selebihnya beliau gunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan. Malah beliau juga adalah pengarang beberapa kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam.

Ketokohan, keilmuan dan keperibadian tinggi Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi pula oleh anak sulungnya, Hassan al-Banna yang kemudian menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati serta merubah sejarah. Melalui kepimpinan dan didikan Hassan al-Banna, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini.

Sifat kepimpinan pemimpin agung ini terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Pada usia 16 tahun, beliau ke kota Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Di sana beliau didedahkan dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Yang dilihatnya ialah parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular semuanya terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum, serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di bandar Ismailiyyah.

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.

Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di. Ikhwan Muslimin kemudian diharamkan pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna masih dibebaskan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau dikatakan telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Semoga Allah S.W.T. menerima rohnya dengan penuh keredaan.

Thursday, July 19, 2007

TANGISAN DIBUMI GERSANG ...



berikut adalah terjemahan (dari bahasa arab ke bahasa melayu) rintihan seorang kanak-kanak palastine,yang terlalu rindukan kedamaian..yang kepelikan diatas perilaku rona kehidupan...paparan seorang kanak-kanak wanita yang sukar memahami apakah sebenarnya yang sedang terjadi,kepelikan melihat mengapa islam ditindas,ayah ditawan,ibu tersiksa dan pelbagai lagi perkara yang sukar digambarkan.inilah lafaz yang terpacar dari lidah seorang kanak-kanak wanita yang tidak bermaya :

" ayah!!, kata mereka engkau penjahat..
padahal engkau sebenarnya bukan penjahat..
ayah !!! .. mengapa mereka jauhkan aku darimu..
mereka menagkapmu tanpa memberi kesempatan..
untuk menciumku meskipun hanya sekali...
atau mengusap air mata ibu...
ibu !!!, aku melihat air mata dikelopak matamu setiap pagi
apakah palastine tidak berhak diberikan pengorbanan...???
setiap hari aku bertanya pada matahari..
ibu,adakah ayah akan kembali pada suatu hari
ataukah dia akan pergi selamanya,sampai hari qiyamat..
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari
wahai ayah dimana engkau ayah??!!
ooohhh...bayi-bayi yang dijajah...
kini telah datang hari raya baru,setelah hari raya lalu...
dan bayi baru pun lahir,sesudah bayi yang itu..
dan para syuhada berguguran,setelah gugurnya syahid yang lalu..
sedang ayah disembunyikan dijeriji besi..
dalam sel yang mengerikan yang tidak layak dihuni manusia..
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu??
malu lah kalian !!! malulah kalian !!! malulah kalian !!!
aku ingin ayah pulang !!! aku ingin ayah pulang !!! aku ingin ayah pulang ...!!! "



rintihan kanak-seperti ini masih keudara dibumi palastine dan negara islam lain yang sedang diperangi hingga ke saat ini.mungkin hanya dengan sekadar membaca kata-kata dan luahan kanak-kanak ini,hati-hati keras kita sukar untuk memahami..sukar untuk melahirkan jiwa-jiwa yang mampu berjuang untuk mempertahankan islam,tanpa mengira dinegara sendiri mahupun dinegara islam lain

anda boleh melihat paparan clip tangisan dan rintihan kanak-kanak ini dibumi yang gersangkan kedamaian,melalui clip sebenar :

didalam paparan clip : just look at all the muslim countries

clip turutan kedua (paparan muka hadapan,wajah tangisan kanak-kanak wanita palastine)

moga dengan paparan ini,dapat menimbulkan kesedaran buat ummat islam..serta hati-hati kita untuk bangkit dan terus memperjuangkan islam disetiap lapangan..

wallahu waliu wattaufiq..

Friday, July 6, 2007

SAF KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM SESI 07

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

Rujukan : http://www.pmram.org


1954
PMM menghantar dua orang wakil ke Kongres Pemuda Islam yang diadakan di Karachi.
kembali ke atas
1955
Badan politik tersebut tidak dapat diberikan bantuan sepenuhnya kerana ia berada di luar PMM. Justeru, ditubuhkan pula badan perjuangan yang juga bertujuan ke arah mendapatkan kemerdekaan tanah air. Ia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan PMM. Anggotanya terdiri daripada Wan Abdul Kadir Ismail, Wan Husin Azmi dan Hassan Salih. Di antara kegiatannya ialah:
1. Menerbitkan majalah BEBAS yang berfungsi sebagai lidah rasmi perjuangan para pelajar Melayu di Perlembahan Nil.2. Melaungkan perjuangan pelajar Melayu Mesir melalui radio Mesir yang disalurkan dalam bahasa Melayu.3. Mengirimkan kawat kepada Persidangan Afro-Asia supaya persidangan itu menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada bulan Januari, seluruh anggota PMM mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bersama Anggota Pengurus dari persatuan pelajar Indonesia, Negara Thai dan Filipina di Mesir. Hasilnya terbentuklah Badan Gabungan Pemuda Asia Tenggara yang memperjuangkan cita-cita pelajar dari empat buah negara dengan lebih luas, tegas dan aktif.
PPM juga telah menggabungkan diri dalam Persatuan Pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah bagi merapatkan perhubungan dengan pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia. Pada ketika ini juga, timbul keinsafan daripada ahli PMM yang memegang biasiswa atau zakat untuk mengadakan satu tempat yang tetap untuk dijadikan pejabat PMM setelah 25 tahun lamanya berpindah dari rumah ke rumah untuk mengadakan perjumpaan sesama mereka. Ahli-ahli telah bersetuju untuk mengeluarkan derma bulanan secara tetap untuk menyewa sebuah tempat.
Pada Mac 1955, sebuah tempat yang sederhana telah dapat disewa dan ekoran daripada itu, pelajar puteri mula menunjukkan minat untuk berorganisasi dan badan khas (Badan Wanita) telah ditubuhkan untuk siswi.
Pada Jun 1955, Kerajaan Malaya telah menghulurkan bantuan sebanyak 625 pound sebulan kepada PMM.
kembali ke atas
1956
Pada bulan Oktober, seramai 65 orang pemuda Melayu telah mendaftarkan diri sebagai askar sukarelawan untuk membantu Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel sebagai tanda simpati. Mereka yang tidak berkesempatan untuk berperang telah menderma darah, manakala pelajar wanita membantu menjahit pakaian tentera. Apabila peperangan tamat, PMM telah menerima dua pucuk telegram khas daripada Jamal Abdul Nasir yang mengucapkan terima kasih atas pengorbanan pelajar Melayu. Apabila beliau dilantik sebagai Presiden, PMM telah mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau dan menghadiahkan sepasang pakaian kebangsaan Melayu dan sebilah keris sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu.
Pada 25 Oktober, PMM telah menubuhkan sebuah badan gabungan yang dinamakan Badan Perjuangan Melayu Se-Timur Tengah yang bertujuan untuk menyatupadukan dasar anak-anak Melayu di Timur Tengah. Dua orang wakil telah dihantar ke dalam Badan Perjuangan Pembebasan Rakyat Islam iaitu saudara Wan Abdul Kadir Ismail dan Dr. Wan Husin Azmi.
kembali ke atas
1958
PMM menjadi tempat tumpuan wakil-wakil kedutaan negara asing untuk mengenali Persekutuan Tanah Melayu kerana pada ketika itu Tanah Melayu masih belum mempunyai kedutaan di Mesir. PMM mendesak pihak berkuasa di tanah air agar mewujudkan kedutaan dengan seberapa segera supaya segala urusan dan perhubungan di antara kedua-dua buah negara berjalan dengan baik.
kembali ke atas
1959
PMM meneruskan perjuangan mereka mendapatkan tapak Rumah Melayu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Mesir. Akhirnya segala urusan itu berjaya dan tanah seluas 2.212 meter persegi dihadiahkan oleh kerajaan Mesir dengan rasminya atas nama PMM tetapi untuk menjaga keselamatan pada masa akan datang, maka pada pertengahan bulan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu.
PMM telah memperbaharui pendaftarannya secara rasmi di sisi undang-undang Kerajaan Mesir dan menguruskan pertukaran pasport baru daripada pasport British kepada Persekutuan Tanah Melayu.
kembali ke atas
1960
Pada bulan Februari, desakan PMM terhadap kerajaan Tanah Melayu telah berjaya apabila kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah ditubuhkan dengan rasminya dan Duta Besar yang pertama ialah Tan Sri Ghazali Hj. Jawi.
kembali ke atas
1962
Suara rasmi PMM " Warta" diterbitkan untuk menggambarkan segala aktiviti Persekutuan ini kepada ahli. Ketua Badan Penerangan yang mengasaskannya ialah saudara Mohd Zin Senudin.
PMM menubuhkan sebuah Jawatankuasa Mentafsir Undang-undang Tubuh. Ahli Jawatankuasa tersebut adalah seramai 15 orang yang diketuai oleh saudara Wan Mokhtar Ahmad (Dato' Sri Amar Diraja). Manakala panitia bulan bahasa telah dibentuk bersama oleh pihak kedutaan di sini.
Pada bulan Mac, PMM telah menerima lawatan Menteri Pertanian Malaysia dan Syarikat Kerjasama, Encik Abdul Aziz Ishak dan Syed Nasir Ismail (Pengarah DBP).
Seterusnya PMM menerima lawatan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. PMM mengambil peluang membuat pertunjukkan melalui televisyen Mesir sebagai usaha memperkenalkan negara.
PMM juga telah berjaya membuat beberapa tajuk kajian ilmiah dan di antaranya ialah Faham Qadiyani, Hak Milik Perseorangan, Tasawuf dan Hijab.
Badan Penerangan telah mengirim sebanyak 12 berita ke tanah air untuk memperkenalkan PMM.
kembali ke atas
1963
PMM mewujudkan Panitia Asrama Melayu bagi melicinkan lagi pentadbiran memandangkan pembinaan Rumah Melayu hampir siap. Saudara Abu Bakar selaku Yang Dipertua PMM ketika itu bersama Badan Pengurus telah menolak majlis Pembukaan Rumah Melayu berdasarkan suara ramai kerana kelengkapan yang masih belum mencukupi(air, elektrik, lif dan sebagainya).
PMM menerima lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bagi membincangkan masalah bantahan pembukaan Rumah Melayu yang masih belum lengkap.
Pada 31 Ogos, bangunan Rumah Melayu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tan Sri Ghazali Jawi, Duta Besar Malaysia yang pertama di Kaherah bersempena dengan perayaan menyambut kemerdekaan Tanah Melayu yang keempat.
Pada 19 September, satu memorandum yang ditandatangani oleh Saudara Ghazali Abdul Wahid dan Wan Mokhtar Ahmad telah dihantar ke Kementerian Pelajaran sebagai langkah memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.
kembali ke atas
1964
PMM menghantar satu kawat takziah ke Malaysia berikutan kematian Ustaz Zulkifli Muhammad (Bekas YDP dan Timbalan YDP Agung Pas) serta kawat tahniah kepada YTM Tunku Abdul Rahman di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
PMM telah menghantar 4 orang wakil tetap ke Kelab Pelajar-pelajar Asing di Kaherah iaitu saudara Ismail Abdul Halim(YDP PMM), Yahya Osman (Setiausaha Agung PMM) dan Ismail Hj. Ibrahim.
PMM mendesak pihak kedutaan membuat penafian kepada akhbar al-Ahram kerana menghina kaum Melayu dalam satu siaran akhbarnya berhubung isu pergaduhan kaum di Singapura. Malangnya, pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan dan PMM melahirkan rasa kesal terhadap kedutaan.
PMM menubuhkan satu lagi jawatankuasa memperjuangkan Ijazah Timur Tengah dan mengirim satu lagi memorandum ke tanah air.
PMM telah mencipta lencana dan simbolnya yang tersendiri dan telah memperbaharui pendaftaran dengan pihak berkuasa.
kembali ke atas
1965
PMM bersetuju menukar nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB).
PMRAB menerima kunjungan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, YAB Tun Abdul Razak, Menteri Penerangan, Encik Senu Abdul Rahman dan Menteri Pelajaran, Encik Khir Johari.
Beberapa tuntutan telah dikemukakan oleh PMRAB. Antaranya masalah tempat tinggal pelajar perempuan, pengiktirafan Ijazah Timur Tengah dan menggesa supaya biasiswa diberikan kepada penuntut di sini.
1966 PMRAB diminta untuk memperbaharui pendaftarannya.
kembali ke atas
1967
Pada 31 Ogos, PMRAB telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Asia Tenggara di Lembah Nil (SOLIDARITA) memandangkan perlunya kerjasama anak-anak Asia Tenggara di perantauan. Persatuan ini diwakili oleh Mahasiswa Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Tunjuk perasaan telah diadakan oleh ahli-ahli PMRAB bagi membantah sebarang penyelewengan terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berikutan itu, pelajar-pelajar di sini telah diberi amaran keras oleh Kerajaan Malaysia.
kembali ke atas
1968
PMRAB mengeluarkan majalah bulanan "Susila".
Pada tahun ini juga hasrat rakyat Malaysia bergema kembali untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. PMRAB telah menyalakan sokongan dan mengharapkan pihak Kerajaan Malaysia agar tidak teragak-agak untuk melaksanakannya.
kembali ke atas
1969
Badan Pengurus PMRAB meluluskan rancangan mengadakan Minggu Pengetahuan pada setiap tahun dengan tujuan untuk menggalakkan budaya ilmu dan belajar kepada ahli-ahli PMRAB.
kembali ke atas
1970
Pada bulan Jun, PMRAB diketuai oleh saudara Awang Pon Sibon bersama generasi muda yang baru.
Pada tahun ini juga satu pembaharuan telah dilakukan dengan perlantikan seorang siswi sebagai Ketua Badan Pengetahuan iaitu Salehah Osman (beliau merupakan siswi yang ketiga dalam jawatan Badan Pengurus selepas saudari Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar).
PMRAB telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Asrama Rumah Melayu dan telah dipengerusikan oleh saudara Wan Ahmad kerana pihak Kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang tidak dapat diterima oleh PMRAB kerana undang-undang tersebut telah mengkhianati kepentingan pelajar Melayu.
kembali ke atas
1971
PMRAB menubuhkan satu jawatankuasa untuk mempercepatkan pembinaan asrama puteri yang dipengerusikan oleh saudara Abdul Syukur Hashim. Satu jaminan telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 300.00 dan berjanji akan mendirikannya pada tahun 1972.
Nama PMRAB telah ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
PMRAM telah memperbanyakkan kursus dakwah dan telah berjaya melahirkan seramai 64 orang kader dakwah. Sesi dakwah telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua saudara Abdul Wahab Zakaria (merangkap Pengerusi Dakwah).
PMRAM menerima tetamu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman seterusnya rombongan dari Malaysia telah sampai ke Kaherah untuk mengkaji ijazah dari Timur Tengah.
kembali ke atas
1972
PMRAM telah menganjurkan kursus-kursus dakwah dan telah dapat melahirkan seramai 16 orang kader dakwah. Saudara Abdullah Abbas Abu Bakar telah terpilih sebagai kader terbaik.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah mengutus kawat takziah atas kematian tokoh negara, Tun Dr. Ismail.
kembali ke atas
1973
Pada 6 Oktober, PMRAM telah menderma sebanyak 500 pound kepada Kerajaan Mesir atas kemenangan mereka dalam peperangan tiga serangkai (Inggeris-Perancis-Israel) dan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PMRAM kepada Dr. Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar.
kembali ke atas
1975
PMRAM telah tutup pendaftarannya sehingga ke tahun 1979 kerana wujudnya fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung terus menyelubungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Pada tahun ini juga berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM itu sendiri.
kembali ke atas
1980
Pendaftaran PMRAM telah diperbaharui semula.
Pada tahun ini bermulalah zaman peralihan dan perubahan ke atas mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Perlembahan Nil yang diketuai oleh saudara Idris Ahmad sebagai Yang Dipertua dan pada tahun 1981, jawatan ini diterajui oleh saudara Abdul Ghani Abdul Rahman.
Beberapa orang pemimpin berkaliber seperti saudara Harun Taib telah menyusun program-program yang menjurus ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan banyak kegiatan tradisi berbentuk hiburan telah ditinggalkan.
PMRAM telah menghadapi masalah kewangan kerana pihak JPM enggan menyalurkan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Namun, masalah ini tidak melemahkan semangat PMRAM dan mereka tetap meneruskan program malahan ada di antara ahli-ahli yang sanggup mendermakan wang poket mereka untuk menjayakan program-program tersebut seperti Sambutan Menyambut Hari Kemerdekaan dan Minggu Persaudaraan.
kembali ke atas
1983
Sebuah bas sebagaimana yang dipohon akhirnya berjaya diperolehi.
Pada 1 April, PMRAM turut sama menyertai sambutan perayaan sempena Seribu Tahun al-Azhar dengan kerjasama Kedutaan Malaysia. Perayaan tersebut turut dihadiri oleh Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar Syeikh Jadul Haq, Menteri al-Auqaf, Syeikh Ibrahim Dasuki dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Waqaf dan pihak Universiti al-Azhar.
kembali ke atas
1991
Kumpulan pertama pelajar siswi Malaysia telah dihantar ke cawangan al-Azhar di Iskandariah iaitu seramai 18 orang. PMRAM telah berperanan menguruskan penempatan dan urusan kuliah mereka seterusnya membentuk DPPI (Dewan Perwakilan Pelajar Iskandariah) yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan mereka.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah mengadakan "Pameran Memperkenalkan Malaysia" yang bertempat di Universiti Ain Syams dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia.
Pada 6 Ogos, Usrah Al-Wadi ditubuhkan. Objektif penubuhan kumpulan nasyid ini ialah:
1. Mewakili suara mahasiswa al-Azhar dan PMRAM untuk diketengahkan kepada masyarakat. 2. Membantu PMRAM dalam segala aspek yang diperlukan. 3. Memenuhi tuntutan dakwah dalam bidang hiburan Islam. 4. Menyediakan hiburan sebagai alternatif untuk menghapuskan hiburan tidak Islamik. 5. Memulihkan dan membina psikologi ummah. 6. Memanfaatkan kecenderungan seni di kalangan mahasiswa al-Azhar.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh usrah al-Wadi ialah merakam album, membuat persembahan, memenuhi jemputan nasyid, membuat kajian dan penulisan tentang kesenian Islam dan mengadakan lawatan muhibbah terhadap kumpulan nasyid yang lain (Gabungan Penasyid Muda) di Malaysia. Sehingga tahun 1997, kumpulan ini telah menerbitkan sebanyak 6 buah album.
kembali ke atas
1992
Pada 16 Januari, PMRAM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-59. Barisan kepimpinan PMRAM ketika ini diterajui oleh saudara Zulkifli Yaacob. Pilihanraya PMRAM kali ini telah menyaksikan bagaimana kedutaan telah terlibat dalam kempen di Asrama Rumah Melayu untuk memberikan sokongan kepada calon-calon tertentu. Namun, apabila keputusan diumumkan, kesemua 15 calon PMRAM telah berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan.
Pada awal Februari, terdengar ura-ura bahawa Kedutaan Besar Malaysia kaherah akan menaja satu persatuan baru khusus untuk pelajar-pelajar Melayu Mesir dengan alasan bahawa PMRAM yang ada sekarang ini tidak dapat menyatukan para pelajar.
Pada 20 Februari, Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama(TYT) Duta Besar Malaysia di Kedutaaan Besar Malaysia, Mohandiseen untuk membincangkan masalah penubuhan Malay Student Association (MSA) yang kemudiannya telah ditukar nama kepada Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM). Badan Pengurus PMRAM telah membuat keputusan untuk membantah penubuhan persatuan tersebut kerana PMRAM masih mampu untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar-pelajar di sini. Namun, pihak kedutaan tetap ingin menubuhkannya sehingga tercetus demonstrasi aman daripada pelajar-pelajar Malaysia. Ekoran daripada itu, pihak kedutaan secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan PMRAM pada 24 Februari dan tidak membenarkan PMRAM menggunakan segala kemudahan yang ada di Asrama Rumah Melayu.
Pada 28 April, pihak kedutaan telah memalang pintu pejabat PMRAM di Abbasiyyah setelah mengeluarkan notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Melayu. Ekoran daripada itu, pihak PMRAM telah mengadakan demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir dalam usaha menuntut kembali hak-hak PMRAM di hadapan Datuk Hamid Othman.
Pada tahun ini juga, PMRAM telah menyewa khas sebuah kapal terbang Sudan untuk membawa jamaah haji(ahli PMRAM) seramai 150 orang ke tanah suci Makkah.
Kontinjen Badminton PMRAM memperkenalkan sukan badminton kepada majlis Sukan Mesir.
PMRAM telah menyusuli para pelajar yang dihantar ke cawangan baru al-Azhar di Damanhur, Tonto, Shibin El-Kom dan Mansurah, seterusnya menubuhkan empat buah Dewan Perwakilan Pelajar di tempat-tempat tersebut.
Pada 17 September, PMRAM telah melaksanakan Majlis Konvokesyen buat pertama kalinya bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian bertempat di Dewan kuliah Tarbiyah Universiti al-Azhar dan di samping itu pihak PMRAM telah mengadakan Sudut Pameran untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Mesir.
kembali ke atas
1993
PMRAM telah menghantar seramai 450 orang untuk menghadiri Kursus Kesedaran dan Kepimpinan Pelajar di Mesir anjuran JPM. Dalam kursus tersebut, PMRAM telah mengemukakan pelbagai resolusi agar pihak kerajaan sentiasa berlaku adil terhadap pelajar Malaysia di Mesir.
PMRAM mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan Zamalek Kaherah, Mesir.
PMRAM juga mengadakan Majlis Konvokesyen Mahasiswa/wi Kali ke-2 di Niqabat Mohandiseen, Ramses.
PMRAM turut menjalinkan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
PMRAM juga menghantar wakil untuk menghadiri kursus pentadbiran anjuran Kementerian Mesir.
kembali ke atas
1994
PMRAM membantu Pusat Islam dalam memberikan penjelasan tentang Jamaah al-Arqam.
Lanjutan penghantaran mahasiswa/wi ke cawangan-cawangan al-Azhar, PMRAM menguruskan penghantaran mahasiswa/wi ke dua buah cawangan al-Azhar yang lain iaitu Dumyat dan Zaqaziq.
PMRAM mendapat notis keluar dari Asrama Melayu disebabkan kerja-kerja baik pulih yang akan dijalankan pada awal Januari.
Hari Pengetahuan dan Persaudaraan telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia sebelum Asrama Melayu dibaikpulih.
kembali ke atas
1995
PMRAM telah berpindah dari Asrama Melayu buat sementara waktu memandangkan pembinaan sedang dijalankan.
Pada bulan Januari, PMRAM mendapat kebenaran daripada Kementerian Kemasyarakatan Mesir untuk membuka cawangan PMRAM di Madinat Nasr.
Pada bulan Julai, Konvensyen PMRAM kali pertama di Mansurah di batalkan oleh pihak kedutaan atas keselamatan.
kembali ke atas
1996
Pada bulan Oktober, Majlis Konvokesyen Kali ke-3 diadakan di Dewan Haflah Kubro, Universiti al-Azhar.
kembali ke atas
1997
Pada 13 Mac, Majlis Pelancaran Homepage PMRAM dan Seminar Penulisan dan Ulangtahun Suara Kampus kali pertama diadakan di Rumah Melayu.
Pada 25 Mac, PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Universiti Ain Syams, Kaherah dan memenangi tempat kedua dalam pameran tersebut.
Pada 22 Jun, PMRAM menyertai Pertandingan Badminton Antarabangsa di Nadi Syabab Haiyyu Sadis.
Pada 26 Jun, Konsert Penyatuan Mahasiswa/wi al-Azhar sekaligus pelancaran album ketiga kumpulan nasyid as-Shoff di Rumah Melayu yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Pada 22 September, Majlis Konvokesyen dan Anugerah Pelajar Cemerlang ke 6 diadakan di Dewan Saleh Abdullah Kamil.
Pada 25 September, PMRAM telah mengadakan Seminar Penulisan. Serentak dengan itu, satu Majlis Pelancaran Antologi Cerpen Mahasiswa al-Azhar "Sinar di Horizon Nil" turut diadakan pada 26 September yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Aziz bin Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada 17 November, PMRAM mengadakan Konsert Penyatuan Mahasiswa/wi al-Azhar II untuk melancarkan Album al-Wadi ke-6 yang bertajuk "Indahnya Bersama Islam" di Rumah Melayu.
kembali ke atas
1998
Pada bulan Februari, Majalah Tahunan PMRAM, "al-Kasyaf" Edisi Perdana telah dilancarkan.
22 dan 23 Februari, Muktamar Sanawi PMRAM diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan yang dijalankan sebelum ini.
PMRAM President Cup (PPC) pertama kali diperkenalkan.
Skuad Waja Diri ditubuhkan di bawah anjuran Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Antara seni yang diperkenalkan ialah Silat Gayung dan Taekwando.
April, Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.
Julai, HEWI menganjurkan Kolokium Mahasiswi Cemerlang yang dihadiri oleh mahasiswi dari negara Malaysia, Thailand (Pattani), Brunei dna Singapura.
Pada 8 Ogos 1998, bertempat di Dewan Ummi Kalthum, Mansoura telah diadakan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa II (KDPM II). Konvensyen ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali, Presiden PMRAM yang sekaligus menyampaikan ucap utama sempena konvensyen tersebut. Hasil daripada konvensyen itu, akhirnya telah berjaya menggariskan 7 deklarasi mahasiswa yang dinamakan deklarasi Mansoura.
14-31 Ogos 1998, Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali -42 diadakan dengan beberapa pembaharuan iaitu pertandingan forum, dakwah kreatif, musabaqah al-Quran, pantun dan acara balapan.
19 Oktober 1998 penubuhan Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir (BKAKLM)
PMRAM mengadakan satu road show yang dinamakan Forum Keadilan Ummah ke seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di tanah air dan kezaliman ISA. Lantaran itu, sebanyak L.E 4092.00 telah berjaya diperolehi melalui kutipan derma.
kembali ke atas
1999
Pada 28 Mac 1999, jemaah haji PMRAM turut sama menjayakan program Ijtimak Mahasiswa Sedunia di Mina. Program ini juga di bawah anjuran Jawatankuasa Bertindak Perhimpunan Mahasiswa Sedunia Musim Haji Tahun 1419 Hijrah. Antara wakil yang menghadiri ijtimak tersebut ialah wakil dari HIZBI UK, Mesir, wakil Jordan, wakil Syria, wakil Iraq, wakil Mekah dan wakil Madinah.
PMRAM telah berjaya melancarkan Perkhidmatan Talian Maklumat @ Infoline dengan tujuan memudahkan para ahli mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat melalui aneka talian yang an disediakan. Antara khidmat talian yang disediakan adalah mengenai agama, kaunseling, kesihatan, akademik, bait muslim dan teknologi maklumat.
Tanggal 10 dan 11 Ogos 1999, telah diadakan Simposium Lughatul Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Rumah Melayu Abbasiyyah.
Skuad Multibahasa di bawah Badan Komunikasi dan Bahasa Arab ditubuhkan.
Penghantaran Mahasiswa ke tiga Muhafazah baru di Tafhana el-Asyraf, Dissuq, Itai Barut.
16 September 1999, satu tragedi lemas yang meragut nyawa mahasiswa Al-Azhar telah berlaku di Pantai Baltim, Kafru Syeikh. Dua mangsa tersebut adalah Allahyarham Tarmizi Tahir dan Allahyarham Mohd Fadzli Asar • dan kedua-duanya berasal dari Selangor.
kembali ke atas
2000
PMRAM President Cup (PPC) buat kali pertama dalam sejarah PPC dianjurkan di luar kota Kaherah. Tanta telah dipilih untuk menjadi tuan rumah PPC yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Februari 2000.
19 Mac 2000, PMRAM (Tahun 1999) sekali lagi mencatatkan sejarah apabila mengadakan Ijtima' Tergempar bertempat di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbassiyyah (ARMA) dengan mencatatkan kehadiran ahli di luar jangka berjumlah lebih 2994 mahasiswa/wi. Objektif sebenar ijtima' ini diadakan adalah untuk mendapatkan sokongan ahli kepada undang-undang baru yang diluluskan oleh Parlimen Mesir. Serentak dengan ijtima' tersebut, telah diadakan juga Konsert Keamanan Kosova dan ChechNya Peringkat PMRAM yang berlangsung juga di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbassiyyah. Konsert Keamanan dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Encik Khalid Abd. Samad Pengarah Kawasan Mas, wakil mahasiswa Indonesia, Thailand, Turki, Kosova, ChechNya, Sanjak, beberapa keluarga dari Kuala Lumpur dan Penyelia Maahad Tahfiz al-Ummah.
Lajnah Persekolahan ditukar kepada Lajnah Pendidikan
Lawatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri Besar.
PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu Palestin - Israel.
Menghantar beberapa kotak pakaian kepada penduduk Chechen.
Melancarkan tabung bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan melancarkan kempen boikot barangan Yahudi dan sekutunya.
Kehadiran delegasi UKM seramai 33 orang dalam lawatan rasmi.
13 Disember 2000, Mesyuarat tertutup PMRAM bersama Dato' Duta, pegawai-pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.kembali ke atas
2003
Mengadakan Ijtima’ Tergempar bagi membincangkan perubahan undang-undang tubuh baru.
kembali ke atas
2004
Menganjurkan PMRAM International Knowledge Festival In Egypt (PROFIT) yang melibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.
kembali ke atas
2005
Pada 2-11 Mei, PMRAM telah menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People’s Day Festival Egypt 2005 dengan dianggotai oleh 13 negara. PMRAM yang mewakili negara Malaysia telah mendapat tempat pertama.
14 September, PMRAM telah menganjurkan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC 05) yang buat julung-julung kali mengadakan konsert bersama kumpulan nasyid jemputan dari Malaysia iaitu HIjjaz.
kembali ke atas

2006
5 April, PMRAM telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sempena dengan perlantikan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang baru serta mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir bagi mencari titik persamaan dan dalam rangka bekerjasama dengan KBMK dalam meningkatkan kualiti dan martabat mahasiswa-mahasiswa di Mesir.
22 hingga 27 Ogos, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM telah mengadakan Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06) yang turut disertai oleh wakil-wakil mahasiswi dari Ireland dan Jepun. Serta menjemput bekas-bekas kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh HEWI PMRAM.
17 hingga 19 September, PMRAM telah berjaya menganjurkan PMRAM International Konwledge Festival in Egypt (PROFIT) yang bertemakan ‘Memacu Perekonomian Islam’. PROFIT 06 kali ini memaparkan kepada para peserta kertas-kertas kerja yang membincangkan perbahasan-perbahasan ekonomi menurut kaca mata Islam Islam. Program yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia Ke Kaherah. PROFIT yang dilaksanakan di Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA) telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua ahli serta dari negara luar seperti Singapura dan Brunei.

Thursday, July 5, 2007

hayya ala jihad !!!

ikhwan muslimin seperjuangan sekalian.. zaman yang serba canggih,dialaf baru ini, perjuangan dan jihad memerlukan penda'e yang proaktive dan kreative dalam berdakwah.. menyeru ummah kemedan perjuangan.. justeru itu, diantara laman perjuangan adalah seperti jihad senjata, jihad pena, jihad kalam, jihad idealogi, dan pelbagai bentuk jihad yang boleh dipraktikkan didalam perjuangan..

maka dengan itu, tidak terkecuali sebagai penda'e, jihad dialam globalisasi serta di medan teknologi tanpa batasan seperti layar internet, jua perlu kita ceburi, moga dengan teknologi serba canggih yang sedia ada sekarang, dapat kita pergunakannya dengan sebaik mungkin, dan teknologi canggih yang wujud tiada alasan utk kita menolaknya, kerana setiap sesuatu itu tentu adanya kebaikkan dan keburukkannya.. justeru itu, ternyata internet ini byk keburukannya.. akan tetapi !!! ternyata jua internet ini byk kebaikkannya...

terpulanglah dan terpundaklah keatas setiap insan utk membawa diri masing2, hala mana yang hendak ditujui.

pergunakan kemudahan yang ada ini,kearah kebaikkan..dengan menggunakan layar internet tanpa batasan ini, utk menyeru kejalan jihad islami.. siru ala barkatillah..

salam perjuangan,buat semua..dari sahabat mu..the jihad..


perjuangan tidak semestinya dimedan tempur..

menyatukan serta membena kesatuan ummah jua merupakan tempur menentang musuh,dengan membena kekuatan ummah..

dengan kesatuan dan didusturi oleh kefahaman islam sebenar,islam itu akan terbela..

the sharon and feron laknatullah alaihuma


sahabat2 pembaca yang dirahmati allah ikhwan muslimin sekalian..

inilah bukti kebesaran maha suci Allah Tuhan ka'bah..memperlihatkan kebesarannya.. yang sesungguhnya,kebatilan itu akan jelas ternyata jua akhirnya..balasan Allah akan diterima tidak kira dimana kita berada..

contoh gambar yang terpancar disebelah ini,nyatalah!!! bahawa kezaliman yang tidak terhingga,dilakukan oleh manusia,akan dibalas dan diperlihatkan oleh maha suci Allah,di tika hayat lagi..contoh seumpama ini,sering kali kita lihat,dimana jua kita berada..cuma bagi sesetengah manusia ada yang cuba menyembunyikan ianya dari makluman umum..serta tidak mahu menerima hakikat bahawa Allah itu maha kuasa,dan hati-hati mereka sengaja ditutupi dan dikaburi dengan khayalan duniawi yang nikmatnya sekelumit cuma.ala kulli hal,maha suci Allah maha kuasa,dan walau setara mana cuba dilindungi dan disekat akan setiap maklumat mahupun apa juga,kiranya setiap sesuatu telah disuratkan oleh tuhan ka'bah..maka akan jadilah..kunn fa yakun!!!

ikhwan muslimin ku sekalian..gambar yang diterakan ini,merupakan gambar fer'aun alaf baru..yang sedang di azab oleh maha suci allah..dengan keadaan kesiksaan yang maha dahsyat dari Allah tuhan sekalian alam..seperti yang kita maklum..fer'aun sharon dari keturunan yahudi ini,telah Allah azab sejak beberapa tahun yang lalu(sekitar dua tahun lebih)..bermula dengan berita yang kita maklum,sharon jatuh sakit dan berada dalam keadaan koma(sakit ganjil),dan pentadbirannya digantikan dengan perdana menteri baru menggantikan tempatnya..ehud olmert..sedia maklum,semenjak pentadbiran fer'aun sharon yahudi laknatullah alaihi yang berasal dari keturunan yahudi israel ini,pelbagai kezaliman yang maha dahsyat dilakukannya..membunuh bangsa palastine dengan sewenang-wenangnya,kezaliman dari segi kemanusiaan dan pelbagai bentuk kejahatan yang tidak perlu dinyatakan disini.hakikatnya..dengan kezaliman yang dilakukannya,maha suci Allah telah menzohirkan kepada manusia,bahawa kejahatan yang teramat dasyat dilakukan oleh manusia,Allah akan membalasnya secara terus menerus,atau pun diwaktu hayat lagi, atau terzahir setelah mati(zohir pada mayat) ataupun secara balasan diakhirat..nyatanya,balasan yang Allah zohirkan dimuka bumi ataupun ditika hayat ini lagi,merupakan janji Allah terhadap manusia,serta ianya bagi pengajaran insan lain, agar ingatlah,sesungguhnya agama tauhid itu adalah hakikat dan benar.

marilah bersama kita insafi akan hayat ini,jadikanlah kejadian seperti ini,iktibar dan tauladan kehidupan..fer'aun sharon diazab oleh maha suci Allah dari segempal-gempal tubuh hinggalah sekurus-kurus jasad yang dapat kita lihat dari dalam paparan gambar ini..umpama menyatakan azab yang amat dahsyat yang sedang fer'aun sharon layari disaat ini,akibat dari penolakannya terhadap kebenaran agama tauhid serta perlakuan kezaliman yang diamalkannya.sesungguhnya Allah maha mengatahui akan segalanya.

maka itu,perlulah kita sedari..Allah akan terus membantu ummat yang benar2 memperjuangkan agama tauhid ini,maka janganlah kita takut untuk berjuang didalam islam,hidup kita didalam perjuangan walau menempuh kesusahan tetap ketenangan kita rasai(bagi insan yang benar2 berjuang dijalan Allah)..mati kita didalam perjuangan merupakan syahid dimedan kebenaran..ganjaran keduanya adalah syurga insya'allah..tetapi,kealpaan kita dengan tidak berjuang...!!! balasan sebaliknya akan kita terima...perjuangan kuffar laknatullah seperti fer'aun sharon dan kuncu-kuncunya seperti bush laknatullah,ehud olmert laknatullah,dan lainnya,hidup mereka sentiasa dicerca oleh manusia didunia,mati mereka neraka jahannam ditempahnya..tiada keistimewaan untuk mereka didunia mahupun akhirat.sahabat pejuang Allah sekalian,jangan takut,jangan gentar..teruskan perjuangan..ingat!!! sekiranya kita lari dari medan perjuangan,islam itu tidak akan rugi,kerana tetap Allah akan gantikan dengan insan lain..tetapi yang akan rugi itu adalah kita,kerana terlepas dari mendapat bonus jihad dari maha suci Allah,yang mana,mati berjihad itu bukan biasa kita temui,sekali datang belum tentu ia mendatang lagi..

Wednesday, July 4, 2007

salam perjuangan...

buat sahabat2 yang dirahmati allah...hamba insan baru belajar..jd..silalah tunjuk dan ajar...
salam perkenalan buat semua insan2 yang melayari,blog hamba yang baru tertubuh ini..
dilain masa..insya'allah akan hamba isi dan penuhi ruangan blog ini dengan kalimah2 membena jenerasi ummah...
alfu salam.. dan salam jalinan fillah